Pembangunan Apple Vision Pro

Pada Mei 2015, Apple memperoleh syarikat realiti terimbuh (AR) Jerman, Metaio.[4] Syarikat tersebut berhasrat untuk menggunakan teknologi Metaio dalam projek kereta elektriknya, dengan nama kod "Projek Titan". Pada tahun tersebut, Apple mengupah Mike Rockwell dari Dolby Laboratories. Mike membentuk pasukan yang termasuk pengasas bersama, Metaio Peter Meier dan pengurus Apple Watch, Fletcher Rothkopf. Pasukan tersebut membangunkan demo AR pada 2016, tetapi menghadapi tentangan daripada ketua pegawai rekabentuk ketika itu, Jony Ive dan pasukannya. Pasukan Mike membantu menyampaikan ARKit pada tahun 2017 dengan iOS 11. Menurut The Information, pasukan Mike berusaha untuk mencipta set kepala dan bekerja dengan pasukan Jony; keputusan untuk mendedahkan mata pemakai melalui paparan mata yang menghadap ke hadapan diterima baik oleh pasukan rekabentuk industri.[5] Perkembangan set kepala mengalami tempoh ketidakpastian dengan pemergian Jony pada 2019. Penggantinya, Evans Hankey, meninggalkan syarikat tersebut pada 2023.[6]

Maklumat tentang set kepala, yang kemudiannya dikenali sebagai Reality Pro,[7] mula muncul pada tahun 2022. Pada Mei 2022, Bloomberg News melaporkan bahawa eksekutif Apple telah melihat peranti tersebut, termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif, Tim Cook.[8] Syarikat tersebut mula mendapatkan pengarah untuk membangunkan kandungan untuk set kepala tersebut pada bulan Jun. Seorang pengarah sedemikian, Jon Favreau, telah disenaraikan untuk menghidupkan dinosaur pada rancangan Apple TV+ beliau, Prehistoric Planet.[9]

Menurut Apple, syarikat tersebut memfailkan lebih 5,000 paten untuk teknologi yang menyumbang kepada pembangunan Vision Pro.[10]

Rujukan

WikiPedia: Apple Vision Pro http://www.apple.com/ http://www.londonstockexchange.com/en-gb/pricesnew... http://quotes.nasdaq.com/asp/SummaryQuote.asp?symb... http://www.boerse-frankfurt.de/en/equities/search/... https://9to5mac.com/2023/02/23/apple-headset-cheap... https://www.apple.com/apple-vision-pro/ https://www.bloomberg.com/news/articles/2022-05-19... https://www.imore.com/mac/apple-vision-pro-vr-head... https://www.macrumors.com/2023/06/05/apple-reveals... https://www.nytimes.com/2023/03/26/technology/appl...